Bekas tahanan Palestin diharamkan pulang ke Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 26 Jun 2018 — Rejim Zionis hari ini mengharamkan bekas tahanan Palestin, Udai Sunukrut, pulang ke rumah beliau di bandar Silwan, kota suci Baitulmaqdis, untuk tempoh selama enam bulan.

Bapa kepada dua orang anak itu turut dikenakan denda sebanyak 10,000 Shekel, di samping paksaan ke atas dua warisnya untuk menandatangani ikat jamin bernilai 100,000 Shekel.

Khamis lalu, Udai telah dibebaskan dari tahanan rejim Zionis tetapi disusuli dengan hukuman tahanan dalam rumah mentuanya selama lapan hari. Beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya untuk tempoh seminggu, dan diharamkan melakukan perjalanan selama enam bulan serta tidak boleh memasuki wilayah Tebing Barat sehingga bulan Disember 2018.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts