Bekas tahanan Palestin dikenakan semula hukuman asal penjara seumur hidup

RAMALLAH, 5 Jun 2017 (Maan) — Pihak berkuasa Zionis menjatuhkan semula hukuman asal penjara seumur hidup ke atas bekas tahanan Yousif Hassan Ahmad Abu al-Kheir, 74, selepas dibebaskan sejak lebih 30 tahun lalu.

Yousif yang berasal dari kota Akka di utara wilayah Palestin 1948 terjajah dikenakan hukuman penjara seumur hidup, namun dibebaskan dalam satu pertukaran tahanan pada tahun 1983. Selepas dibebaskan, beliau berhijrah ke Greece apabila rejim Zionis melucutkan kerakyatannya.

Beberapa tahun kemudian, beliau cuba mendapatkan semula kerakyatan untuk kembali hidup bersama keluarganya. Akhir bulan Mei lalu, peguam Persatuan Tahanan Palestin memaklumkan bahawa beliau dibenarkan memasuki negara haram Zionis itu semula.

Beliau bagaimapun ditangkap sejurus tiba di lapangan terbang, di mana jawatankuasa khas Zionis memutuskan bahwa beliau perlu menyambung semula hukuman penjara seumur hidup, selepas 34 tahun dibebaskan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts