Bekas tahanan Palestin ditembak mati secara sengaja oleh tentera Zionis

NABLUS, 10 Jan 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis secara sengaja menembak mati bekas tahanan Mohammed al-Salehi, 32, ketika memecah masuk rumahnya di kem pelarian al-Fari’ah di Nablus awal pagi tadi.

Mohammed dikejarkan ke Hospital al-Ahli dalam suasana tegang di seluruh kawasan kem, di mana tentera menggeledah rumah penduduk dan melepaskan tembakan peluru hidup.

Menurut ibu beliau, Mohammed menjerit ke arah tentera ketika mereka memecah masuk rumahnya kerana menyangkakan mereka adalah pencuri. Tentera terus melepaskan tembakan ke arah beliau di hadapan mata ibunya, mengena tepat di bahagian leher di samping sekurang-kurangnya enam lagi tembakan di bahagian atas badan. Mohammed meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga pemuda lain, Mahmoud Jabbarin, Qais Nash’at dan Mahmoud Nazmi Abu Hassan ditangkap dalam serbuan di kem tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts