Bekas tahanan termuda Dima bimbang ditangkap semula

AL-KHALIL, 26 Apr 2016 (MEMO) — Tahanan termuda Palestin yang baharu dibebaskan Dima al-Wawi, 12, masih berada dalam keadaan takut dan terkejut selepas dibebaskan dari penjara Zionis Ahad lalu.

Dima yang merengkok dalam penjara selama 75 hari kini tinggal bersama keluarganya di bandar Halhul di al-Khalil.

“Saya tak tahu apa-apa. Saya tak tahu berapa hari saya berada dalam penjara. Saya tidak ingat apa yang mereka tanya kepada saya… saya takut kepada mereka,” kata Dima. “Penyiasat menjerit-jerit kepada saya: Apakah kamu Fatah atau Hamas? Saya tidak menjawab. Seorang penyiasat lain datang dan mengulangi soalan yang sama. Akhirnya, saya terpaksa menjawab bahawa saya Hamas.”

Berkenaan insiden beliau ditahan, Dima berkata: “Pengawal keselamatan di penempatan [Karmei Tzur] menyekat saya, dia membawa senjata dan menyuruh saya meniarap di atas tanah dan kemudian mengikat tangan saya dengan gari plastik. Dia memijak di atas belakang saya dan berkata dia akan tembak saya.”

Tentera Zionis menangkap pelajar perempuan itu ketika dalam perjalan ke sekolah pada 9 Februari lalu, menuduh beliau membawa sebilah pisau. Dima dijatuhkan hukuman penjara selama empat setengah bulan namun dibebaskan dengan ikat jamin setelah menjalani hukuman penjara selama dua setengah bulan.

“Saya bimmbang akan ditangkap semula,” kata Dima. “Masa saya di dalam penjara, saya hanya fikir tentang ibubapa, adik-beradik dan sekolah.”

“Saya tidak sabar untuk ke sekolah semula. Tentera Zionis mengugut saya supaya tidak lagi pergi ke sekolah.”

Bapa Dima, Ismail Al-Wawi, 54, menyelar tindakan Zionis yang memaksa tahanan membuat pengakuan dengan ugutan di muncung senjata tanpa kehadiran peguam atau ahli keluarga. “Saya kasihan dengan kanak-kanak Palestin yang ditangkap dan sedang berada dalam penjara Zionis. Semua pertubuhan has asasi sepatutnya membantu kanak-kanak ini,” kata beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts