Bennet: Pilihanraya Amerika merupakan “peluang” untuk rampas Tebing Barat

AL-QUDS, 26 Sep 2016 (MEMO) — Menteri Pendidikan Zionis, Naftali Bennet, menggesa pihak rejim supaya mengambil sepenuhnya kesempatan pilihanraya Amerika bagi merampas sebahagian daripada wilayah Tebing Barat.

Beliau secara khusus menyeru supaya kawasan penempatan haram Ariel di selatan Nablus dan Ma’ale Adumim di timur al-Quds diserapkan sepenuhnya sebagai “wilayah berdaulat Israel.”

Beliau sebelum ini mendesak Kawasan C, iaitu 61% daripada keluasan Tebing Barat, diserap menjadi wilayah mereka.

Peminpin Zionis, Benjamin Netanyahu, semalam menemui calon Presiden Amerika Hillary Clinton dan Donald Trump di New York, di mana kedua-dua mereka mengulangi pendirian untuk mendokong rejim Zionis.

Donal Trump turut berjanji untuk mengisytiharkan al-Quds sebagai hak mutlak dan ibukota abadi bagi rejim Zionis, serta memindahkan pejabat kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke kota suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts