Berjaya Food Terkesan Dengan Boikot

Aktiviti genosid yang berlaku di Palestin memberikan kesan kepada Starbuck Malaysia yang dimiliki oleh Berjaya Food.

Terbaru, Berjaya Food mengumumkan suku kedua 2024 hasil jualan jatuh sebanyak 38.19% daripada 182.55 juta berbanding RM295 juta bagi suku pertama 2024.

Dalam siaran akhbar oleh Berjaya Food, mereka menyatakan sendiri ‘This drop in revenue was primarily attributed to an ongoing boycott linked to the middle east conflict.'”

Mengenai prospek, lembaga pengarah berpendapat prestasi operasi BFood akan menunjukkan peningkatan bagi baki suku tahun berakhir 30 Jun 2024.

Tambahan lagi, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan meriah momentum, melihat situasi semasa sebagai bersifat jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif menuju ke hadapan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts