Bezalel Smotrich : Membebaskan Tawanan Bukan Perkara Penting.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich berkata tebusan yang ditahan HAMAS bukan perkara penting untuk Tel Aviv!

Tidak, itu bukan perkara yang paling penting” kata Smotrich kepada media Israel iaitu KAN.

“Membawa mereka kembali pada sebarang kos adalah satu kenyataan yang tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Ini bukan satu pertandingan” tambahnya.

Menteri jalur keras itu berhujah bahawa matlamat sebenar adalah memusnahkan HAMAS. Bukannya membebaskan tebusan.

Israel menganggarkan 134 orang Israel ditahan oleh HAMAS semasa permulaan 7 Oktober 2023.

HAMAS menuntut dihentikan serangan Israel di Gaza sebagai balasan kepada sebarang perjanjian tebusan dengan Israel.

Perang Israel ke atas Gaza mendorong kepada kemusnahan, genosid dan wabak. Malah, 60% daripada infrastruktur wilayah itu telah rosak dan musnah.

Penulis : http://t.me/kapsulbaitulmaqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts