Bilal Abu Ghanem dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup berganda

AL-QUDS, 12 Julai 2016 (Maan) — Mahkamah Daerah Zionis di al-Quds semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup berganda dengan tambahan tempoh tahanan selama 60 tahun ke atas Bilal Abu Ghanem yang disabitkan bersalah membunuh tiga Yahudi dalam serangan ke atas sebuah bas di kawasan penempatan haram Talpiot Timur pada bulan Oktober lalu.

Hakim turut mengarahkan keluarga Abu Ghanem membayar sejumlah 250,000 shekel (RM257,230) kepada keluarga mangsa yang terbunuh, 150,000 shekel (RM154,340) kepada keluarga mereka yang cedera, dan 100,000 shekel (RM102,900) kepada pemandu bas terbabit.

Bilal didakwa melakukan serangan tersebut bersama Bahaa Elayyan, yang ditembak mati oleh tentera Zionis ditempat kejadian. Jenazah Bahaa masih ditahan oleh pihak rejim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts