Bilal Kayed enggan terima tawaran rejim Zionis, teruskan mogok lapar

RAMALLAH, 3 Julai 2016 (PIC) — Tahanan Bilal yang menjalankan mogok lapar sejak 18 hari lalu enggan menerima tawaran rejim Zionis untuk dibebaskan dengan syarat beliau dibuang daerah sejurus selepas itu.

Beliau mengesahkan untuk meneruskan mogok lapar sehinggalah pihak Zionis membatalkan tahanan pentadbiran ke atasnya. Bilal percaya bahawa tahanan tersebut dibuat hanya berdasarkan kepada tuduhan palsu.

Rejim Zionis mengenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas Bilal sejurus selepas beliau tamat menjalani hukuman penjara selama 4.5 tahun.

Bilal berasal dari bandar Asira al-Shamaliya di Nablus. Beliau adalah salah seorang pemimpin Barisan Pembebasan Palestin (PFLP).

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts