Bilal Kayed tolak syarat tawaran pembebasan oleh rejim Zionis

AL-QUDS, 11 Juali 2016 (PIC) — Tahanan Bilal Kayed menolak tawaran pembebasan oleh rejim Zionis yang meletakkan syarat beliau keluar dari wilayah Palestin dan diharamkan berada dalam tanah airnya itu selama empat tahun.

Rejim Zionis membuat tawaran tersebut dalam usaha mereka untuk memujuk Bilal menghentikan mogok lapar.

Bilal, 35, yang berasal dari utara Nablus telah diculik pada tahun 2002 atas tuduhan menyertai kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) dan terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.

Rejim Zionis mengenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas beliau sejurus selepas tamat menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts