Bilal Kayid enggan terima rawatan dan ujian kesihatan

RAMALLAH, 1 Ogos 2016 (Maan) — Tahanan mogok lapar Bilal Kayid memutuskan untuk tidak menerima sebarang rawatan atau menjalani ujian kesihatan selagi mana mahkamah Zionis tidak menetapkan tarikh perbicaraan beliau.

Laporan pertubuhan hak asasi Addameer semalam menyebut bahawa Bilal yang kini ditahan di Pusat Perubatan Barzilai di Ashkelon dikenakan kawalan keselamatan yang maksimum dan dilayan secara buruk, di mana beliau bukan sahaja diherdik oleh staf hospital tetapi juga pendatang Yahudi.

Beliau mendesak supaya dipindahkan semula ke penjara utuk meneruskan mogok lapar bersama para tahanan Palestin yang lain.

Tangan kanan dan kaki kiri beliau digari ke katil hospital sepanjang masa. Sungguhpun begitu, tiga pengawal keselamatan Zionis dan kamera keselamatan turut beroperasi memantau beliau.

Peguam dibenarkan berjumpa beliau untuk tempoh selama hanya setengah jam.

Bilal melancarkan mogok lapar sejak 48 hari lalu, apabila rejim Zionis mengenakan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas beliau untuk tempoh enam bulan pada hari beliau sepatutnya dibebaskan setelah selesai menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts