Bilangan pesakit meningkat, hospital Gaza terpaksa tangguh 4,000 pembedahan

GAZA, 24 Apr 2018 — Hospital-hospital di Gaza dibanjiri dengan pesakit dan mangsa yang tercedera diserang tentera Zionis, sehinggakan pihak hospital tidak mampu menampung bilangan pesakit dalam.

Menurut pengarah urusan hospital-hospital kerajaan di Gaza, Dr. Abdul Latif al-Haj, ketika ini mereka terpaksa menangguhkan 4,000 operasi pembedahan yang sudah dijadualkan, kerana kekurangan ruang operasi dan wad untuk menempatkan pesakit.

Bilangan pesakit yang mengalami kecederaan dan luka-luka kini meningkat sehingga empat kali ganda berbanding hari-hari biasa, ketika mereka berhadapan dengan kekurangan bekalan ubat dan kelengkapan perubatan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts