Blokade Di Gaza Memalukan Dunia

GAZA, Ahad, 17 Oktober – Delegasi dari “Global Elders” berkata dalam sebuah sidang akhbar di Gaza pada hari Sabtu (16/10) bahawa menerima tindakan pengepungan Israel sejak lima tahun lepas di Jalur Gaza setelah perang di Gaza berakhir pada 2008 dan awal 2009 adalah “amat memalukan kepada dunia”.

Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan ketua delegasi, menyatakan situasi ini tidak dapat diterima  setelah kehancuran yang disebabkan perang, masih tidak ada sebarang usaha pembangunan semula.
“Kami berdiri bersama rakyat Palestin di Gaza dan kami tidak akan meninggalkan anda sendirian, kami memahami penderitaan anda dan keperluan anda,” kata Mary lagi.

Bekas Presiden itu juga menyatakan bahawa kegiatan penempatan haram Israel telah memusnahkan harapan terhadap penyelesaian kedua-dua negara dalam konflik Palestin-Israel.

Robinson juga mengatakan bahawa Hamas tidak boleh dikecualikan daripada proses keamanan tersebut.

Sementara itu, Lakhdar Al-Ibrahim, bekas Menteri Luar Negeri Algeria dan salah seorang dari ahli delegasi, mendesak Palestin untuk bersatu dan menggambarkan ianya sebagai ¬†“keperluan mendesak”.

“Apa yang kami dengar dari saudara-saudara kami dari Hamas mengenai perundingan rekonsiliasi Mesir yang dicadangkan itu menggembirakan dan kami berharap bahawa ianya akan berlaku dalam masa terdekat,” tambahnya. (pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts