Boikot: 7 syarikat Jordan tamatkan kontrak dengan G4S

Amman, 27 Ogos 2017 — Sebanyak tujuh syarikat Jordan menamatkan kontrak mereka dengan G4S, susulan kempen boikot peringkat antarabangsa ke atas syarikat keselamatan itu yang bersekongkol dengan rejim Zionis dalam penjajahan dan penempatan haram di Palestin.

Syarikat-syarikat terbabit, yang mengemudi industri perbankan, telekomunikasi, perubatan dan juga pemborongan, menyeru semua syarikat termasuk hotel dan pusat perniagaan di seluruh Jordan yang berurusan dengan G4S supaya turut mengambil langkah yang sama.

Beberapa minggu lalu, G4S terlibat dalam memasang alat pengesan logam dan pintu elektronik di Masjid al-Aqsa. Mereka juga aktif melatih pasukan polis Zionis menyerang penduduk Palestin di kota al-Quds. G4S memegang 50% saham Policity Ltd, sebuah syarikat yang membina dan mengurus Akademi Polis Israel.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts