Buah zaitun Palestin yang unik dan berkhasiat

SALFIT, 22 Okt 2017 — Mereka yang berkunjung ke kawasan pergunungan dan tanah tinggi di perkampungan sekitar Tebing Barat akan teruja dengan keindahan alam dan kecantikan semulajadi kebun-kebun zaitun yang menghasilkan buah berbagai warna, terutamanya jenis buah zaitun bewarna putih.

Petani dari Salfit, Ahmed Mustafa, menjelaskan bahawa buah zaitun berwarna putih sangat jarang ditemui. Terdapat berbagai jenis pokok zaitun, masing-masing dengan buah yang mempunyai bentuk, saiz dan warna yang berbeza. Biarpun berbeza, buah zaitun memberi banyak manfaat kesihatan dan nutrisi.

Dengan kelazatannya, buah zaitun boleh membekalkan manfaat kesihatan yang boleh menghalang masalah jantung, tulang, berbagai jenis barah, mengurangkan keradangan dan arthritis, serta meningkatkan penghadaman. Ia juga dapat membantu mengurangkan kesan alahan, meningkatkan aliran darah serta fungsi kognitif dan menurunkan tekanan darah.

Penduduk Palestin menggelar musim menuai zaitun sebagai “satu perkahwinan.” Ia bermula pada bulan Oktober setiap tahun, walaupun terganggu oleh pembinaan Tembok Pemisah dan penempatan haram Yahudi, serta dihalang dan diserang memasuki kebun oleh pendatang Yahudi.

Namun keganasan pendatang Yahudi yang dibantu oleh pasukan tentera Zionis tidak melemahkan semangat petani Palestin untuk menyambut dan menikmati musim menuai zaitun.

Bagi petani Palestin, musim menuai zaitun adalah satu pesta menikmati keindahan melihat buah-buah zaitun bergantungan di pokok, menuai buah-buah tersebut serta memerah minyaknya.

Minyak zaitun merupakan sumber pandapatan utama petani Palestin di Tebing Barat. Bagaimanapun mereka mengalami kerugian besar setiap tahun kerana dikhianat oleh pendatang Yahudi serta dihalang oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts