Buat pertama kali, rejim Zionis musnahkan rumah di Bukit Golan

BUKIT GOLAN, 8 Sep 2016 (WAFA) — Buat pertama kali dalam sejarah rejim Zionis memusnahkan sebuah rumah penduduk di Bukit Golan yang mereka jajah dari wilayah Syria, atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.

Pertubuhan hak asasi Al-Marsad hari ini melaporkan anggota polis Zionis mengiringi sepasukan buldozer yang meroboh rumah milik Bassam Ibrahim di Majdal Shams, bandar terbesar dalam wilayah yang dijajah itu.

Menurut kenyataan Al-Marshad, perobohan tersebut menandakan bermulanya polisi Zionis memusnahkan secara sistematik saki baki perkampungan Syria di Bukit Golan.

Rejim Zionis menghalang penduduk Syria membina rumah di kawasan bandar mereka, dan pada masa yang sama membina serta meluaskan penempatan haram Yahudi di Bukit Golan.

“Oleh kerana syarat ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Zionis, ianya hampir mustahil bagi penduduk Syria untuk mendapatkan permit pembinaan. Oleh itu mereka terpaksa membina rumah tanpa mendapat kebenaran. Itulah satu-satunya jalan bagi memenuhi keperluan perumahan dan kesesakan,” sebut Al-Marshad.

Bukit Golan dijajah dalam Perang Tahun 1967.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts