Bukti video: Raheeq dibunuh secara sengaja

NAZARETH, 20 Okt 2016 (PIC) — Bukti rakaman video menunjukkan bahawa tentera Zionis menembak mati wanita muda Palestin Raheeq Youssef secara sengaja walaupun beliau tidak membawa sebarang ancaman kepada pihak tenetra ketika kejadian.

Polis Zionis mendakwa Raheeq, 23, ditembak kerana cuba menikam tentera yang berkawal di sekatan Zaatara di selatan Nablus semalam. Susulan kejadian, tentera Zionis menculik dan menahan jenazah mangsa.

Namun rakaman video menunjukkan seorang askar Zionis melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah Raheeq dari jarah hanya beberapa meter, di hadapan para pendatang Yahudi, dalam keadaan mangsa tidak membawa sebarang ancaman. Tentera Zionis sebaliknya mendakwa mangsa hanya ditembak di bahagian kaki.

Raheeq adalah mangsa pembunuhan rejim Zionis yang ke-234 sejak tercetusnya Intifadah al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts