AL-QUDS, 7 Sep 2016 (Maan) — Kementerian Pendidik Palestin mengecam pengeluaran buku sejarah yang menulis maklumat palsu tentang Palestin, yang kelihatan sama seperti buku teks resmi sekolah keluaran kementerian.
Antara lain, kandungan buku tersebut menyatakan bahawa al-Quds adalah ibukota bagi negara “Israel”.
Kementerian tidak dapat mengenal pasti pihak yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut. Ia memberi amaran kepada semua sekolah, guru, penjaga dan pelajar di al-Quds tidak menggunakan buku yang diterbitkan oleh rejim Zionis, serta peka dengan buku sekolah yang palsu.