Buku Torat Hamelech bukanlah satu hasutan – Mahkamah Tinggi Zionis

AL-QUDS, 10 Dis 2015 (JPost) — Buku Torat Hamelech yang ditulis oleh rabi pelampau, yang memberi alasan perlunya dibunuh orang bukan Yahudi, dibebaskan daripada tuduhan menghasut dan mencetus keganasan oleh Mahkamah Tinggi Zionis di Al-Quds.

Mahkamah memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai asas untuk membuat dakwaan, sekaligus mengekalkan keputusan Peguam Negara yang dibuat pada tahun 2012 untuk tidak menjalankan siasatan jenayah terhadap penerbitan buku itu.

Torat Hamelech, atau Raja Taurat, diterbitkan pada tahun 2009 dan mencetuskan kontroversi dengan mendakwa undang-undang Yahudi membenarkan orang Yahudi untuk membunuh orang bukan Yahudi. Antara lain, ia menyebut sesiapa yang menentang, atau menyeru serangan ke atas, “tanahair kita” boleh dibunuh, begitu juga kanak-kanak kerana “mereka bakal membesar menjadi seperti ibubapa mereka yang jahat.”

Peguam Negara mendakwa buku tersebut adalah sebuah kajian agama dan ia tidak menggalakkan keganasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts