Coca Cola danai pertubuhan pelampau Yahudi

AL-QUDS, 7 Mei 2017 (DoP) — Media Zionis Yedioth Ahronoth mendedahkan bahawa sebuah pemegang francais Coca Cola, Central Bottling Company atau Coca Cola Israel, telah menyumbang sebanyak 50,000 shekel (RM 60,200) kepada pertubuhan Im Tirtzu pada tahun 2015.

Beberapa kumpulan pelampau dan fasis Yahudi mengarahkan supaya pihak berkuasa rejim merahsiakan sumbangan tersebut.

Im Tirtzu memimpin beberapa kempen yang mencetus kekecohan, termasuk menyerang penduduk Arab yang memperingati peristiwa Nakba.

Pada tahun 2013, sebuah mahkamah Zionis telah memutuskan bahawa Im Tirtzu adalah sama seperti sebuah pertubuhan fasis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts