Covid-19: 26 kematian, 2,526 kes baharu di Palestin

RAMALLAH, 16 Dis 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin hari ini mengumumkan 26 kematian dan 2,525 kes baharu Covid-19 di seluruh wilayah Palestin sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Menurut laporan tersebut, 15 daripada kematian berlaku di Tebing Barat, 10 di Gaza dan satu kes di kota Baitulmaqdis.

Seramai 137 pesakit Covid-19 masih berada dalam keadaan kritikal di hospital, di mana 39 daripada mereka memerlukan bantuan ventilator.

(Palinfo)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts