Ringkasan

Covid-19: 963 kes baharu, 15 kematian di seluruh Palestin

RAMALLAH, 16 Sep 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin hari ini melaporkan 963 kes jangkitan baharu dan 15 kematian berkaitan Covid-19 sepanjang 24 jam lalu.

Menurut kementerian, 13 daripada kematian berlaku di Tebing Barat, dan masing-masing seorang di Gaza dan bandar Anata di kota Baitulmaqdis.

Sementara 662 daripada kes jangkitan baharu dikesan di Tebing Barat, 207 di kota Baitulmaqdis dan 94 di Gaza.

Seramai 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi, di mana 11 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts