Ringkasan

Covid-19: 966 kes baharu, 2 kematian di Palestin

RAMALLAH, 17 Sep 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin hari ini mengumumkan dua kematian dan 966 kes jangkitan baharu Covid-19 di Tebing Barat, Kota Baitulmaqdis dan Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara 959 pesakit telah disahkan sembuh sepanjang tempoh tersebut.

Dua kematian terbabit melibatkan seorang pesakit berumur 58 tahun dari bandar Kharbatha al-Misbah di Beit Lahm dan seorang penduduk kejiranan Umm Lisun di timur Baitulmaqdis.

Seramai 32 pesakit dirawat dalam keadaan kritikal di pusat rawatan rapi (ICU), dengan 11 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Gaza mencatatkan 76 kes baharu, menjadikan keseluruhan kes yang masih aktif sebanyak 1,740.

(WAFA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts