Ringkasan

Covid-19 di Gaza: 44 kes baharu, 1 kematian

GAZA, 1 Sep 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan seorang penduduk Gaza meninggal dunia, dan 44 kes jangkitan baharu dikesan sementara empat pesakit telah sembuh daripada pandemik Covid-19 sepanjang 24 jam lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 1,078 ujian saringan telah dilakukan.

Pesakit barah tahap empat, Samir Abdul Rahman Musthafa, 57, meninggal dunia di Hospital Syuhada al-Aqsa setelah dijangkiti Covid-19.

Secara keseluruhan, Gaza mencatatkan 400 kes positif, termasuk 319 kes yang masih aktif.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts