Covid-19 jadi ancaman baharu kepada tahanan Uighur di Xinjiang

XINJIANG, 28 Julai 2020 — Peningkatan kes Covid-19 di Xinjiang mencetuskan kebimbangan dan spekulasi jangkitan ke atas tahanan-tahanan Uighur yang dikurung dalam kem-kem di China.

Selepas tiada laporan sebarang kes selama lima bulan di wilayah barat laut China itu, 57 daripada 68 kes yang dilaporkan Beijing semalam berlaku di Xinjiang.

Jangkitan bermula dua minggu lalu di ibukota Urumqi, dan kini merebak ke kota Kashgar yang terletak sejauh 200 batu.

Polisi merahsiakan maklumat tentang kem-kem tersbut menimbulkan kemungkinan para tahanan telah pun dijangkiti.

Sekurang-kerangnya sejuta orang Islam, kebanyakannya dari etnik Uighur, dikurung dalam kem-kem dan pusat-pusat tahanan di serata Xinjiang. Para tahanan dipaksa tinggal dalam kurungan yang sesak dan kotor, kira-kira 60 orang dalam setiap bilik.

(Al-Araby)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts