Covid-19 meningkat di Gaza, 87 kes baharu

GAZA, 9 Sep 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini mengumumkan 87 kes baru positif Covid-19 di Gaza, setelah menjalankan ujian ke atas 1,587 sampel dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam laporan hariannya, pihak kementerian menjelaskan bahawa jumlah kes positif kini meningkat kepada 1,233, iaitu 1,228 kes tempatan dan lima kes import di kalangan penduduk yang baru pulang dari luar negara.

Kementerian menggesa penduduk menjaga protokol kesihatan dan mengelak perhimpunan, serta tidak keluar rumah kecuali atas keperluan mendesak.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts