Datuk Bandar Al-Quds Ceroboh Masuk Al-Aqsa

datuk-bandarAL-QUDS, 28 Okt 2014 (Ma’an) — Datuk Bandar Yahudi di al-Quds, Nor Barakat, menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa awal hari semalam dengan dikawal oleh pasukan polis Zionis.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheik Omar al-Kiwsani, dalam laporan beliau menjelaskan bahawa Barakat telah menceroboh masuk melalui Pintu Morocco. Para jemaah melaungkan takbir “Allahu Akbar” sebaik rombongan Yahudi tersebut memasuki masjid.

“Barakat merupakan Datuk Bandar yang pertama menceroboh masuk al-Aqsa, bersama dengan kumpulan Yahudi dan ahli-ahli parlimen Knesset dari kalangan pelampau. Mereka sering menceroboh dan menyeru Yahudi melakukan perkara yangs sama,” kata al-Kiswani.

Menurut kepercayaan pemipin-pemimpin utama agama mereka, penganut Yahudi dilarang memasuki kawasan kerana bimbang tempat suci tersebut akan dicemari. Kebelakangan ini pemimpin dan pelampau Yahudi meningkatkan pencerobohan masuk ke dalam Masjid al-Aqsa untuk melakukan ritual keagamaan mereka. Tindakan mereka juga dilihat sebagai usaha provokasi untuk mencapai cita-cita membina Kuil Sulaiman di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts