Datuk Bandar Zionis ugut halau penduduk Palestin di al-Quds

AL_QUDS, 7 Nov 2016 (WB) — Datuk Bandar Zionis di kota al-Quds, Nir Barkat, mengugut Peguam Negara Avichai Mandelblit untuk merobohkan rumah penduduk Palestin di al-Quds sebagai tindak balas ke atas keputusan Mahkamah Tinggi mengeluarkan arahan supaya penempatan haram Yahudi di Amona, yang dibina atas tanah penduduk Palestin, dikosongkan.

Menurut Barkat, memandangkan pendatang Yahudi diarah keluar dari atas tanah milik penduduk Palestin, maka penduduk Palestin di al-Quds juga harus dihalau keluar kerana kononnya rumah mereka di al-Quds dibina di atas tanah milik Yahudi.

Penempatan haram Amona dibina sejak 20 tahun lalu dan dihuni oleh 41 keluarga pendatang Yahudi. Mereka diarah keluar sebelum akhir Disember.

Pertubuhan hak asasi Peace Now mendakwa pihak rejim kini sedang menyiapkan sebuah penempatan lain di satu kawasan yang lebih besar daripada Amona untuk memindahkan mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts