AL-QUDS, 10 Feb 2016 (WB) — Rejim penjajah Zionis semalam menghalang satu delegasi dari parlimen Eropah memasuki wilayah Gaza.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah menyebut bahawa tidak ada sebarang alasan diberikan oleh pihak rejim.
Delegasi seramai tujuh orang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Eropah dari Ireland, Martina Anderson, dijadualkan memasuki Gaza untuk menilai kerosakan yang dialami ekoran serangan brutal tentera Zionis pada tahun 2014 lalu, di samping melihat kemajuan yang telah dicapai bagi projek-projek pembangunan semula yang ditaja oleh Kesatuan Eropah.
“Halangan secara sistematik ke atas delegasi Parlimen Eropah untuk memasuki Gaza merupakan suatu yang tidak dapat diterima,” kata Anderson. “Ia menimbulkan persoalan: apa yang ingin ditutup oleh rejim penjajah? Kita tidak akan membiarkan penduduk Gaza.”
Menurut Anderson lagi, wakil parlimen Eropah tidak dibenarkan memasuki Gaza sejak tahun 2011 lagi.