GAZA, 12 Julai 2016 (PIP) — Delegasi Kementerian Tenaga dan Sumber Alam Turki tiba di Gaza semalam untuk mengadakan pertemuan khusus bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah bekalan dan infrastruktur elektrik.
Gaza mengalami krisis bekalan elektrik yang teruk, sehingga bekalan terpaksa diagih mengikut jadual.
Sejumlah pelabur Turki yang berpengalaman dalam bidang tenaga elektrik bersedia untuk membantu Gaza dalam projek menjana, menyalur dan mengagih bekalan elektrik, setelah negara tersebut memulihkan hubungan dua hala dengan rejim Zionis dua minggu lalu.
Penduduk Gaza memerlukan bekalan elektrik sebanyak 400 megawatt, namum mereka hanya mendapat sekitar 212 megawatt di mana 120 megawatt disalur dari pihak rejim Zionis dan 32 megawatt dari Mesir. Stesen janakuasa di Gaza hanya mampu membekal 60 megawatt.