Dima dibebaskan setelah dipenjara lebih dua bulan


AL-KHALIL, 24 Apr 2016 (PIC) — Rejim Zionis tengahari tadi membebaskan tahanan perempuan termuda Palesti Dima al-Wawi, 12, setelah dipenjara semalam dua setengah bulan.

Dima dibebaskan di sekatan tentera Jabara di Tulkarem, di mana beliau disambut oleh keluarganya dan puluhan penduduk Palestin termasuk Datuk Bandar Tulkarem Essam Abu Bakr dan ketua jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan Palestin, Issa Qaraqe.

Kanak-kanak dari bandar Halhul di al-Khalil itu diculik oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 9 Februari lalu. Beliau dituduh memegang sebilah pisau dan cuba menikam tentera Zionis.

Dima dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dan denda sebanyak US$2,500.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts