Dr. Aziz Duweik, Ketua Parlimen Palestin dibebaskan

Dr. Abdul Aziz Duwaek, Ketua Parlimen Palestin
Dr. Abdul Aziz Duwaek, Ketua Parlimen Palestin

HAMAS mengucapkan rasa syukur di atas pembebasan Ketua Parlimen Palestin Dr. Aziz Duweik setelah selama 3 tahun di penjara oleh Zionis Israel. HAMAS menegaskan pembebasan Duweik akan memperkuatkan kembali  peranan Parlimen Palestin.

Dalam kenyataan HAMAS kepada para wartawan semalam, Selasa (23/06), Jurubicara HAMAS Sami Abu Zuhri mengatakan, “Pembebasan Dr. Aziz Duweik bererti kembalinya ruh ke dalam Parlimen Palestin dan memperkuatkan peranannya. Sekaligus mengembalikan perimbangan di Tebing Barat di tengah-tengah aksi pembinasaan dan penyelewengan yang dilakukan oleh gerakan Fatah dan kuncu-kuncunya di sana.”

Abu Zuhri menegaskan bahawa gerakannya mengucapkan terima kasih dan penghormatan kepada semua pihak dan tokoh, baik Arab, dunia Islam dan antarabangsa yang mencurahkan banyak usaha untuk mengakhiri penahanan Dr. Aziz Duweik. Dia menyeru agar usaha ini terus dilanjutkan untuk mengakhiri penahanan para anggota Parlimen dan tahanan Palestin lainnya.(seto/ip)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts