Dr Mohamed Badie seru Mesir kaji semula perjanjian damai Kem David

6 May 2011 — Dalam satu kenyataan mingguannya bertajuk “Palestin dan Era Baru,” ketua Ikhwanul Muslimin Dr Mohamed Badie menyeru supaya parlimen Mesir yang akan datang mengkaji semula perjanjian damai Kem David.

Menurut beliau, fasa seterusnya dalam perubahan di Mesir memerlukan rakyat negara itu bersatu dan menghentikan normalisasi, seterusnya mengkaji semula perjanjian keamanan Kem David. Dr Mohamed Badie juga mencadangkan supaya dibatalkan perdagangan menjual gas asli kepada Israel dan juga zon industri yang meletakkan Israel sebagai kepentingan ekonomi bagi Mesir.

Dr Mohamed Badie turut memberi komitmen untuk terus berusaha memastikan pintu masuk Gaza di Rafah dibuka selamanya.

Terdahulu, beliau menyambut baik perjanjian rekonsiliasi antara Hamas dan Fatah. Bagi beliau, sudah tibanya masa untuk mempertahankan persatuan rakyat Palestin dan hak-hak mereka. Perjanjian itu dilihat sebagai salah satu hasil daripada perubahan yang berlaku di Mesir, yang mencerminkan pemulihan kedudukan Mesir dan peranannya dalam politik Arab dan dunia Islam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts