24 Okt – Dr.Thalib Abu Sya’ar. Menteri Urusan Agama dan Wakaf Palestin di Gaza, menyeru negara-negara Arab dan muslim agar membela dan melindungi Masjid Suci Al Aqsa.
Abu Sya’ar, dalam satu kenyataan beliau hari ini, mengatakan bahawa sumber-sumber media telah menjelaskan bahawa pasukan penjajah Israel dan kelompok-kelompok Yahudi fanatik sedang sibuk merancang untuk menyerang Masjid Al Aqsa pada hari Ahad (25 Okt) pada majlis yang disebut orang-orang Yahudi itu dengan “pendakian rambam ke kuil gunung,” (rambam ascent to the temple mount).
Beliau meminta kepada masyarakat dunia untuk berdiri di samping (memberikan dukungan kepada ) rakyat Palestin, dalam menghadapi penodaan pihak berkuasa penjajah Israel (IOA) terhadap tempat-tempat suci kaum muslimin dan tidak mendiamkan diri sahaja menyaksikan kejahatan IOA di Al Quds (Jerusalem) dan Masjid Al Aqsa.
Menteri di Gaza itu juga menyampaikan penghargaan terhadap heroisme pemuda Al Quds dalam berhadapan dengan kelompok-kelompok Yahudi fanatik itu. Beliau menegaskan bahawa IOA masih terus menlancarkan usaha jahat mereka untuk menyahudikan Al Quds dan mengambil alih masjid Al Aqsa. PIC/EZ