Dua beradik dihukum penjara dan denda

AL-KHALIL, 11 Jan 2017 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 38 bulan dan 26 bulan ke atas Omar Abu Ayash, 21, dan Youssef Abu Ayash, 24, di samping denda sehingga 6,000 shekel (RM6,900) bagi setiap mereka.

Omar diculik oleh tentera Zionis pada 26 Januari 2015 dan dikurung dalam penjara Nafha, manakala abangnya Youssef dikurung di penjara Ofer sejak ditangkap pada 7 September 2015.

Dua beradik dari bandar Beit Ummat di al-Khalil itu dituduh terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan dan menjadi anggota kumpuluan pejuang Jihad Islami.

Seorang lagi saudara mereka, Tamer, ditangkap pada 5 Julai 2015 dan dikurung di penjara Nafha atas tuduhan yang sama. Bagaimanapun sehingga kini beliau tidak pernah dikenakan sebarang pendakwaan di mahkamah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts