Dua buah rumah keluarga Badwi diroboh di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 22 Ogos 2017 — Pasukan polis Zionis bersama beberapa buah buldozer tentera menyerbu perkampungan Badwi Wadi al-Naam di Gurun Naqab, dan kemudian meroboh dua buah rumah keluarga al-Walidi serta membajak kebun di perkampungan Khashm Zana yang berdekatan.

Tahun lalu lebih 1,000 buah rumah keluarga Badwi di Gurun Naqab telah dimusnahkan, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan. Hampir 50 perkampungan Badwi di Gurun Naqab tidak diiktiraf oleh rejim Zionis, dan menjadi sasaran untuk dirobohkan bagi membina sebuah kawasan bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

(PIC, Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts