Dua kanak-kanak al-Quds ditangkap atas tuduhan membawa objek tajam

AL-QUDS, 4 Jan 2016 (PIC) — Pasukan khas polis Zionis berpakaian preman semalam menangkap dua orang kanak-kanak Palestin berdekatan Pintu az-Zahra di al-Quds atas tuduhan membawa objek tajam.

Kedua-dua mangsa yang berumur 15 tahun itu dipaksa menanggalkan pakaian dan diperiksa teliti seluruh badan mereka.

Menurut kenyataan polis penjajah Zionis, mangsa ditangkap kerana membawa dua bilah pisau, dan mereka dibawa ke sebuah balai polis di al-Quds untuk disoal siasat. Mereka kemudian ditahan atas tuduhan cuba membuat serangan menikam.

Ahad lalu, Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds mengeluarkan arahan tahanan ke atas dua kanak-kanak Palestin yang lain atas tuduhan cuba membunuh dan membawa pisau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts