AL-KHALIL, 29 Okt 2015 (Maan) — Seorang pemuda Palestin ditembak mati berdekatan kawasan penempatan haram Beit Hadassah di Jalan Shuhada di Al-Khalil atas tuduhan cuba menikam tentera Zionis. Beberapa jam terdahulu, seorang lagi pemuda ditembak berdekatan Masjid Ibrahimi.
Tentera Zionis dan pendatang Yahudi dilaporkan menembak Farouk Abdel Qader Omar Sidr, 19 tahun, yang sedang berjalan menuruni anak tangga. Beliau tidak membawa sebarang senjata atau pisau dan tidak ada kecederaan dilaporkan di pihak tentera Zionis mahupun pendatang Yahudi.
Terdahulu Mahdi Mohammad Ramadan al-Muhtasib, 23 tahun, ditembak mati oleh polis Zionis berdekatan Masjid Ibrahimi setelah dituduh cuba menyerang seorang askar.
Menurut laporan penduduk Palestin, sejurus selepas insiden pembunuhan Farouk Abdel Qader, tentera mengugut mereka supaya meninggalkan kawasan Jalan Shuhada. Tentera dan pendatang Yahudi turut meyerang rumah Mufid Sharabati yang terletak di jalan tersebut.
Sekita 500 pendatang Yahudi tinggal di empat kawasan penempatan haram di Al-Khalil. Mereka di kawal dan dilindungi oleh 1,500 orang askar Zionis.