Dua Nelayan Gaza Cedera Ditembak

GAZA, 16 Nov 2015 (IMEMC) — Tentera laut Zionis menembak beberapa buah bot nelayan Palestin di perairan Beit Lahia di utara Gaza, mencederakan dua orang nelayan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan sederhana dan dikejarkan ke sebuah hospital di Beit Lahia.

Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada pencabulan berulang kali rejim Zionis terhadap nelayan di wilayah terkepung itu, yang sering membawa kepada kematian, kerosakan peralatan serta harta nelayan dan juga penculikan.

Tentera laut Zionis sering mengganggu nelayan Gaza dengan menembak bot mereka walaupun berada di dalam zon enam batu nautikal dari pantai, sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata pada bulan Ogos 2014.

Mengikut Perjanjian Oslo tahun 1993, nelayan Palestin berhak menangkap ikan sehingga ke jarak 20 batu nautikal dari pantai.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts