Dua pemuda cedera ditembak di utara Gaza

GAZA, 10 Julai 2017 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis menembak dan mencedera sekurang-kurangnya dua pemuda Palestin dalam satu pertempuran di timur kota Jabalia di utara Gaza, seorang daripanya parah.

Tentera Zionis yang berkawal di menara di sekitar sempadan melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas atas alasan kumpulan pemuda Palestin berkumpul dan mendekati pagar sempadan, sehingga mencetus pertempuran.

Salah seorang mangsa cedera parah ditembak dengan bom gas pemedih mata tepat di kepalanya, sebelum dikejarkan ke Hospital Indonesia di bandar Beit Lahia. Seorang lagi mangsa cedera ditembak di bahagian kaki.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts