Dua pemuda Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 4 Jun 2017 (PIC) — Dua pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis manakala puluhan yang lain mengalami sesak nafas dalam demonstrasi di beberapa kawasan di sepanjang sempadan Gaza petang tadi.

Puluhan pemuda Palestin berkumpul di kawasan timur bandar Khuza’a di selatan wilayah yang dikepung itu, dengan membawa bendera Palestin dan membakar tayar berdekatan pagar sempadan. Tentera Zionis yang dikerah ke kawasan terbabit melepaskan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata, di mana seorang pemdua cedera ditembak di bahagian kaki.

Sekumpulan lagi pemuda Gaza berdemonstrasi berdekatan pengkalan tentera Nahal Oz di timur kejiranan al-Shujaiya dan turut ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata. Seorang pemuda dikejarkan ke hospital apabila terkena tembakan bom gas pemedih mata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts