Dua pemuda Palestin mati ditembak di al-Khalil

AL-KHALIL, 19 Sep 2016 (PIC) — Dua pemuda Palestin meninggal dunia selepas ditembak oleh tentera Zionis setelah mereka disyaki membuat serangan menikam di al-Khalil petang tadi.

Ameer Jamal al-Rajby, 17, dan sepupunya Muhannad Jameel al-Rajby , 21, ditembak berdekatan Masjid Ibrahimi.

Krew Bulan Sabit Merah Palestin dihalang mendekati kawasan kejadian, di mana salah seorang mangsa cedera parah sebelum meninggal dunia.

Pertempuran tercetus ekoran kejadian tersebut, di mana tentera Zionis melepaskan gas pemediah mata dan memasang sekatan jalan di laluan masuk selatan kota al-Khalil.

Kini seramai 229 penduduk Palestin terkorban sejak tercetusnya Intifadah al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts