Dua Pendatang Yahudi Mati, Lapan Cedera Ditembak

BETHLEHEM, 19 Nov 2015 (PIC) — Dua orang pendatang Yahudi mati dan lapan lagi cedera ditembak berdekatan penempatan haram Gosh Etzion di selatan Bethlehem.

Media Zionis melaporkan seorang penduduk Palestin melepaskan tembakan ke arah beberapa buah kenderaan yang membawa pendatang Yahudi dan kemudian melanggar kenderaan lain di persimpangan Gosh Etzion, sebelum beliau sendiri ditembak oleh tentera Zionis. Beliau kemudian dilaporkan meninggal dunia.

Polis Zionis mendakwa tiga pemuda Palestin terlibat dalam operasi pembunuhan itu, di mana seorang telah ditembak mati dan dua lagi ditangkap.

Kawasan kejadian ditutup sepenuhnya dan dipenuhi dengan pasukan ambulan, polis serta polis sempadan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts