Ringkasan

Dua Penduduk Palestin Ditembak Mati di Ramallah

ramallahRAMALLAH, 26 Jul 2014 (Maan) — Dua penduduk Palestin di tembak mati oleh tentera Zionis di kem pelarian Ramallah
lewat petang semalam. Kejadian tersebut berlaku ketika lebih 10,000 penduduk Palestin mengadakan perarakan
membantah serangan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.

Mereka yang dibunuh itu dikenali sebagai Mohammad al-Araj, 19 tahun, dan Majd Sufyan, 27 tahun. Sekurang-kurangnya 108 orang yang lain tercedera, di mana lebih 60 daripadanya terkena tembakan peluru hidup.

Terdahulu, penduduk Palestin juga mengadakan perarakan di kem pelarian Al-Amari berdekatan sekatan tentera di Qalandia. Tentera Zionis menembak peluru getah dan gas pemedih mata ke arah mereka.

Tentera Zionis dilaporkan akan menghalang peduduk Palestin yang berumur 50 tahun ke atas daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk solat Jummaat hari ini, hari Jummaat terakhir di bulan Ramadan. Polis Zionis telah dikerahkan ke seluruh kota al-Quds bagi menghalang sebarang perarakan membantah serangan di Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts