Dua polis pembuli kanak-kanak Palestin tidak akan didakwa

AL-KHALIL, 16 Ogos 2016 (IMEMC) — Jabatan Keadilan Zionis (Mahash) memutuskan untuk tidak mendakwa dua pegawai polis sempadan Zionis yang dilaporkan membuli dan merampas basikal seorang kanak-kanak Palestin di al-Khalil.

Dalam insiden yang dirakam oleh aktvis pertubuhan B’Tselem di tengah kota al-Khalil itu, polis terbabit didapati membuli kanak-kanak Anwar Burqan, 8, dan menghalau beliau pulang ke rumah. Ketika kanak-kanak tersebut lari sambil menangis, basikal beliau dirampas dan dibuang ke kawasan semak.

Mereka tidak akan dikenakan sebarang dakwaan walaupun rakaman tersebut jelas menunjukkan mereka telah mendera atau mengherdik, dan menyerang serta merosakkan harta mangsa.

Mahash memutuskan bahawa dua polis terbabit bertindak demikian demi menjaga keselamatan kanak-kanak itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts