Dua Remaja Palestin Ditembak Mati Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 4 Diz 2015 (IMEMC) — Dua remaja Palestin ditembak mati di kawasan kejiranan Tal Romeida di kota Al-Khalil selepas cuba menikam seorang askar Zionis.

Dua mangsa terbabit dikenal pasti sebagai Taher Faisal Fannoun, 19 tahun, yang merupakan seorang pelajar Universiti Al-Khalil dan Mustafa Fadel Fannoun, 15 tahun. Keluarga mereka tidak dimaklumkan tentang kejadian tersebut, dan mereka hanya mendapat berita setelah tentera menyiarkan gambar mangsa selepas membunuh mereka.

Tentera Zionis mendakwa kedua-dua remaja telah diperiksa oleh tentera dan kemudian dibebaskan, sebelum mereka “datang kembali dan menikam seorang askar di bahagian muka, sebelum tentera lain menembak mereka.”

Dakwaan tersebut disangkal oleh wakil NGO Youth Coalition Against Settlements, kerana tentera Zionis mendakwa kedua-dua mangsa telah diperiksa dan dibebaskan, memberi indikasi bahawa mereka tidak merbahaya dan tidak membawa sebarang senjata. Kemudian tentera menyebut bahawa dua remaja Palestin itu berpatah semula dengan membawa pisau dan menikam seorang askar, sedangkan kedua-dua mereka masih lagi dalam kawasan pemeriksaan tentera dan tidak terlepas daripada pemerhatian pasukan tentera di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts