Dua Tercedera Dalam Serangan di Selatan Gaza

wafa-1GAZA, 29 Jun 2014 — Dua penduduk awam tercedera apabila tentera Zionis menyerang penduduk Palestin di kawasan timur Khan Younis di selatan Gaza. Mereka dikejarkan ke Hospital Nasser untuk mendapatkan rawatan.

Malam Sabtu lalu, tentera Zionis turut melancarkan serangan ke atas kawasan pertanian di timur Deir Balah di tengah Gaza. Beberapa serangan bom juga dilancarkan ke kawasan pertanian di Beit Haboun di utara Gaza.

Terdabulu pada hari jumaat, tujuh penduduk Gaza termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita hamil tercedera dalam serangan peluru berpandu dron tentera Zionis di kawasan Khan Younis.

Pada hari yang sama dua penduduk Palestin terkorban apabila diserang dengan peluru berpandu dron Zionis ketika mereka sedang menaiki sebuah kereta di kem pelarian Ash Shati di barat Gaza City.

wafa-2

——-

Sumber : WAFA

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts