Dua Terkorban Dalam Serangan Ke Atas Gaza

GAZA, 27 Okt 2015 (IMEMC) — Tentera udara Zionis malam tadi meyerang dua kawasan sasaran di Gaza, mencederakan seorang penduduk awam dan kerosakan teruk. Manakala seorang lagi penduduk Palestin tercedera dalam serangan tentera darat Zionis di kawasan Gaza Tengah.

Dalam serangan udara yang pertama yang menyasarkan kawasan timur kem pelarian Al-Maghazi, seorang penduduk tercedera dan dikejarkan ke Hospital Al-Aqsa di Deir Balah. Beberpaa buah rumah dan bangunan lain rosak teruk.

Tentera udara juga menyerang satu lagi sasaran berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza di timur Rafah. Beberapa bangunan rosak teruk namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Tentera Zionis yang ditempatkan di kawasan pagar sempadan pula melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang melakukan protes berdekatan kem pelarian al-Boreij di tengah Gaza. Seorang dilaporkan tercedera ditembak dengan peluru hidup.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts