Ecuador Negara Latin Ke 5 Iktiraf Palestin Negara Berdaulat

QUITO, 26 Disember – Ecuador secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang bebas merdeka setelah negara jirannya, Bolivia, Brazil, Argentina dan Uruguay mengistiharkannya pada awal bulan lepas.

President Ecuador, Rafael Correa mengesahkan bahawa kerajaan Ecuador secara rasmi mengiktiraf negara Palestin sebagai sebuah negara yang bebas merdeka berdasarkan persempadanan 1967, kata menteri luar negara di dalam sebuah kenyataan

Sempadan yang dimaksudkan tersebut adalah merujuk kepada had sempadan Palestin sebelum perang Arab-Israeli 1967.

Menurut kementerian Republik Ecuador, keputusan tersebut adalah bagi menghilangkan semua salah faham yang berlaku dan mengesahkan bahawa rakyat Palestin adalah rakyat yang bebas merdeka. Mereka mengharapkan agar pengistiharan ini boleh menyumbang kearah kedamaian dan keamanan yang hilang di Asia Barat ketika ini.

Resolusi Republik Ecuador telah disahkan oleh President Palestin Mahmud Abbas dan wakil Palestin di PBB, kata kementerian tersebut.

Brazil, Argentina dan Uruguay telah mengistiharkan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka pada awal bulan ini. (mna/haac/afp)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts