Empat Ditangkap Ketika Keluar Dari Masjid Al-Aqsa

aqsaAL-QUDS, 9 Mac 2015 (Silwanic) — Polis┬áZionis menangkap seorang pekerja Jawatankuasa Pemulihan Masjid al-Aqsa dan tiga orang murabitun (penjaga) Masjid al-Aqsa, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Maklumat Wadi Hilweh, pekerja Jawatankuasa Pemulihan Masjid al-Aqsa, Hussam Sider, ditangkap berdekatan kejiranan Bab Hutta di Kota Lama al-Quds.

Polis Zionis juga menangkap Hanadi Halawani bersama dua orang lagi murabitun di hadapan Pintu al-Silsileh dan membawa mereka ke balai polis al-Qishleh.

Dalam pada itu, sebuah mahkamah Zionis memutuskan wanita Palestin, Abeer Odeh, diharamkan daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama dua bulan. Beliau juga dikenakan denda sebanyak 1,000 shekels. Beliau ditangkap Ahad lalu ketika keluar dari Masjid al-Aqsa, dan dibebaskan dengan syarat hadir ke satu sesi mahkamah pada hari Isnin.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts